Sunday, January 29, 2012

# The Meaning of Her

hmmm kali ni nk post pasal training teater...sabtu ari tu (28 jan) ada full rehearsal lagi kt auditorium bekas kolej aku, Kolej Shahputra..kali ni presiden Majlis Teater Negeri Pahang (MTNP), Roslan Madun dtg bersama aktivis2 teater Indonesia nk melihat perjalanan cerita Opera..

semua agak gerun jgk..mana x..org lama dtg pastu sekali dtg dgn org luar..lgpun beliau bersama MTNP la yg berkolaborasi dgn kelab aku utk wt show kt beijing sana..so kena wt betul2..bila scene aku sbg tun teja start ada la aku perasan beliau beralih tmpt dr depan seat ke tgh seat...so klimaks cerita aku mati tertikam oleh sultan..jujur aku ckp aku suka scene tu sbb aku rasa mcm feel gila..ramai ckp termasuk director sendiri scene tersebut sgt touching...(bkn aku ckp haaa tp alhamdulillah boleh bg feel kt team..:') akan wt lebih terbaik insyaAllah

then bila dah habis kami menunggu utk diberi kritikan membina & nasihat2 oleh org2 lama ni..bila semua dah ckp, giliran Roslan Madun plak..dup dap dup dap...tp..beliau xckp apa lg beliau menangis..semua diam..aku nangis kot tngok dia nangis...yg laen pun sama..dia sedih sbb watak tun teja mati mcm tu..beliau menghayati..rupa-rupanya dia sgt adore dgn wanita legenda tu..sgt2 adore...cara dia membayangkan tun teja..."tun teja tu kalau dia minum air pun hingga boleh nampak kelembutan air tu mengalir kt tekak"..."tapak kaki bagai bawang dihiris..kemerah-merahan".."betapa baiknya tingkah laku tun teja" "dia nak marah pun bkn marah mcm kita..marah dlm kelembutan"....beliau xpernah jumpa legenda tu tp beliau dpt describe perwatakan legenda tu..beliau xmengharap aku dpt jd mcm tun teja tp aku faham beliau mengharapkan aku dpt betul2 hidupkan tun teja tu...dan satu nasihat yg wat aku terkedu..."bykkan baca Al-Quran...supaya awak dpt kejujuran..." maksudnya semangat tun teja akan ada utk aku..ada..bg menghidupkan aura tun teja jika aku ikhlas dgn mmbaca Al-Quran....ya Rabbi...hrmm beliau ada wat lagu utk tun teja jugak..


Roslan Madun - Tun Teja

dan aku sgt2 sakit kt dlm jiwa aku ni...nk pegang watak seorang legenda bkn senang beb...dgn nak bwk diri aku lg..dgr mcm best pgg wtk tun teja...tp nk membawanya MasyaAllah..even pelakon pro pun belum tentu dpt...mcm Sofia Jane sbg tun teja dlm pgl...aku nak rujuk tp mcm xkena je..aku byk rujuk sejarah & filem2 melayu klasik..mcm mana gracefullnya seorang wanita Melayu dahulu kala...lembut tp tangkas berlawan...haaa bunga silat dah okay..sakit kot urat2 aku ni...nak berjalan pun sakit (xexercise gitula hahaha) tp seronok sbb aku dpt bersilat...

sekarang sakit nak lembutkan lagi cara berjalan dan bertutur (lontaran dialog), gaya seorang rupawan...huuuuu (T T) sakit...yelaaa aku ni bkn jns lemah lembut...costume xkena nak kena tukar plak..mikir lagi cara mekap yg sesuai..sbb aku ni bkn jns dpt watak ntah hape2 nak mekap jdk gitu la jdk ginila..mekap pun membantu tau x..audience tngok pun boleh ckp "tun teja laaa...cantiknyaa.." hahahahaha....(tun teja yg cantik bkn aku..ye la..tun teja tggi kot aku ni ketot uuuuuuu (T T))

kt bwh ni aku letak lagu ciptaan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yg dinyanyikan semula oleh Jamal Abdillah..lagu ni ada dlm filem Hang Tuah (1956) lakonan P Ramlee & filem Tuah (1989) lakonan Jamal Abdillah..lagu ni mmg bermakna utk watak aku..antara Tuah & Teja..ecewah..;p aku dah request kt director psg lagu jamal nyanyi ni sebelum show start..hope beliau perkenankan..(mcm dah overshadow Li Po plak..aisey) okay nak wat homework lagi psl tun teja..refresh skrip..9hb feb dah show di Auditorium Shahputra College..first show before fly to beijing...


selingan dalam filem Hang Tuah (1956)



selingan dalam filem Tuah (1989)


GOOD LUCK TO OPERA'S TEAM FOR OUR FIRST SHOW...


poster untuk show di Shahputra..li po & sultan xda..kt dlm poster tu bkn mereka ye..buruknya aku..teja la sgt..ohh ya..kerana aku berdiri di belakang jadi terpaksa aku menjengketkan kaki..tu yg nmpk mcm tggi..tggi kan..huu teja kemetot..huh!


END.

2 comments:

izzuddinfz said...

Hai Teja~ Hahaha...

:D Blogger juga rupanya :D

Amytis Yahaya said...

hai juruaudio!ngeh ngeh ngeh...dia pun sama la...;D

Labels

Angry (1) Anime (1) Annoying (6) Birthday (2) Cats (4) chilhood (1) Convocation (1) Country (1) disease (1) DIY (1) Drawing (2) Eid (1) Experiences (8) family (1) film (3) Food (2) Friendship (10) Grateful (2) Heartbroken (3) horror (1) Independence (2) Islam (5) Job (2) Life (16) Lone (4) love (14) Makan (2) Manga (1) martial arts (2) Memories (12) MJ (3) Money (1) Music (8) Passionate (7) Patriotisme (1) peace (3) Performing Art (9) Pets (3) Photography (2) poetry (7) Pressure (3) program tv (1) puppet (1) Ramadhan (1) Sad (4) soklan (1) Spiritual (5) Stress (1) theatre (9) Thinking (4) Wish (7) Worry (1) WWF (1)